Pages

11 December 2013

Badminton + Sunrise + Fieldwork Tanah Runtuh di UKM

Tanggal 11.12.13, kami budak Geologi start main badminton dari malam semalam lagi. Ditakdirkan aku ni tidur mati, baeu bangun pukul 12 dan join depa pukul 1.30 camto r. Aku p main bukan lama sangat pon. Main takat dua set pasto dok merapu sembang tentang seminar pembentangan latihan ilmiah sehari lepas. Pakat2 dok kenang balik time kawan-kawan kena fire dengan penilai. :3

  Kami main badminton sampai pukul 3 lebih kemudian disambung dengan sembang tentang pembentangan dicampur lak dengan politik apa entah Daus dgn Faiz dok naikkan. Aku jadi tukang gelak ja haha. Pukul 5lebih kami pergi teres eko niaga untuk sarapan. Time to tinggal Aku, Zaki, Radhi, Daus, Asila, dan Tenot. Memandangkan main badminton kat KKM, jadi Zaki usulkan kami p balik ikut jalan belakang Kolej Amin dengan alasan nak cari hantu kah3..
  Aku ni bukan berani sangat, ikut la kat tengah bawak pelan2 kih3 pasto alhamdulillah sampai teres eko niaga tanpa jumpa sekoq hantu pon =.= .Aku kata dah kat Zaki, hantu bila kita tak cari dia mana jumpa. Kalau kita xmau jumpa dia, time to r dia nak mai senyum2 depan muka kita haha. Topik bualan kt teres eko bermula dengan kisah tesis elsa. Aku pon xfaham napa bincang tesis Elsa, tapi memang menarik. Tenot kata batu kat kawasan Elsa ada Andesit dan dalam Andesit ada batu kapur. dan dalam batu kapur ada Andesit lak. Aku kata mungkin sebab potongan dia ke tepi sgt, jadi jumpa lah balik Andesit kt dalam batu kapur to. Tenot nak tahu tentang batu kapur to supaya dapat tentukan formasi apa.
 
  Lepas azan, pukul enam kami pergi solat dkat bangunan siswazah dekat dengan Kolej Ibu Zain. Lawak time solat. Daus solat first sbb kami sblom to p toilet sat. time to aku dengan Daus ja dalam surau. Daus dengan yakinnya takbir kemudian solat, dah nak sujud tetba dia jeri "Aik?~~~~" Aku yang tgh pakai kain pelekat pon kalih la belakang. tgok2 Daus solat salah kiblat... mamun sangat xcukup tidoq kot.

  Lepas solat semua, kami p dekat bukit sebelah CRIM yang lama, bukan CRIM yang baru kt Zaaba to. View sini cantik sangat. Kami kat bukit dalam pukul 6.15 cmto r. Niat memang nak tengok sunrise. MasyaAllah memang xrugi lah, nampak jelas sunrise. Kalah sunrise kt Broga dan Bukit Tabur ,pui!! Matahari start naik dalam pukul 6.20.. 


Time ni pukul 6.20 pagi... cantik sangat pemandangan.. Sebab kt Timur xbanyak bukit, jadi jelas nampak matahari terbit


lebih kurang pukul 6.20 matahari dah nampak penuh. First time aku dapat lihat matahari terbit dgn sempurna. jauh merantau Broga n Bukit Tabur, lasty2 dalam ukm yang dapat view pling cantik.

Dapat tenung matahari tanpa pelindung ap2 kat mata. Nampak cantik sangat :D


Sebab semua jadi jakun dapat tgok matahari terbit. Semua nak snap :3



Kami baring baik punya layan view.. memandangkan dapat seat vvip, seat sangat selesa, mineral kuarza dok cucuk2 belakang.. sedap :3



Ni site Zaki kat sblah kolej Amin. Aku, Daus, dan Rodhi(Dr Wan Z panggil dia cmni) mai tolong dia. Rodhi mai skali amek sampel gk sbb dia site dlm ukm gak. Dah sampai atas ni dok menjerit2 panggil Asila dan Dayah hahah.. depa tdoq mati kot sbb xda respon.



Sampel tanah 1kg diambil untuk ujian makmal. yang aq taw ujian XRD ja. yang lain xleh nak igt :3

Gambaq aku kena ad r at least satu :3

Hah! xtaw lak ukm ad periuk kera.. fuyooo


Ni site tanah runtuh dekat dengan rumah haiwan. jauh dalam pelosok ukm. 

Ini site last dalam kerja lapangan kami hari ini. site ini tanah runtuh paling teruk dalam ukm. Ada jumpa dengan pihak yang terlibat dengan pembaiki tanah runtuh. dia kata kalau setakat tanah runtuh sederhana mcm sebelah permata pintar budget dalam Rm300,000 kebawah. Kalu depan Fssk katanya mencecah jutaan ringgit. Hairan bila tipa bulan ukm mampu lak tukar kanvas kt lokasi tanah runtuh. Ukm mcm agak xkisah ja dengan masalah ini. Tindakan dah diambil tapi xmenyeluruh. Prof Tajul dah buat laporan baru depa nak ambil tindakan. Agak2 kalau prof Tajul xda, aku rasa sampai bila2 pon depa xrepair. oh UKM ku~~~







.